Friday 19 February 2016

Belia Dan Ganja

Belia dan Ganja

1) Api kebakaran yang besar itu bermula dari kecilnya api. Tiada yang besar kecuali bermula dengan yang kecil. Begitulah ibarat yang akan berlaku jika saranan untuk menjadi ganja sebagai barangan bukan terlarang di Malaysia sepertimana di negara-negara TPPA yang lain.  Bermula dengan merokok di sekolah secara sorok-sorok, sudah berkerja ada duit lebih, menagih ganja pula dan seterusnya menagih dadah. Umum ketahui bahawa dadah musuh negara nombor 1. Ia merosakan masyarakat terutama golongan belia yang menjadi tonggok harapan negara pada masa hadapan.  

2) Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia, Negeri Johor (GJ) ingin menarik perhatian warga Malaysia supaya membantah cadangan dan syor untuk “meringankan” hukuman bagi pengisap ganja serta tidak menganggap ganja sebagai barangan terlarang. Ganja atau marijuana adalah barangan terlarang dan amat memudaratkan penggunanya jika diambil tanpa panduan doktor.  Ganja atau marijuana (kannabis) adalah barangan terlarang di Malaysia sepertimana yang telah diperuntukan dibawah Akta Dadah Berbahaya tahun 1952 Pindaan 1998. Jika seseorang disabitkan kesalahan dibawah akta ini hukuman “paling ringan” adalah denda RM 5000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya. Namun  hukuman mati mandatori jika disabitkan jika bersalah mengedar bahan terlarang ini sepertimana didalam Seksyen 39(B) akta yang sama.

3) Disamping ganja membawa kearah masalah ketagihan, ganda juga memberi kesan yang buruk dari aspek ekonomi dan sosial. Jika seorang belia terjebak dengan ganja disebabkan mudahnya untuk diperolehi dimana-mana, mereka terpaksa memperuntukan jumlah duit yang banyak untuk mengatasi ketagihan mereka. Jika mereka dibuang kerja akibat majikan tahun mereka menagih ganja, mereka tiada pendapatan. Mereka ada anak dan isteri yang perlu ditanggung dan keperluan lain untuk dibayar disamping perlu membeli ganja. Namun tiada pendapatan tetap, dan ini mereka akan mencari jalan mudah dengan mencuri dan mengambil hak orang lain bagi memenuhi keperluan mereka. Mereka sememangnya menjadi hamba ganja atau dadah. Ini juga boleh menjadi sebab utaman robohnya sesebuah institusi  keluarga. Isteri sanggup bercerai dan berpisah dengan suami daripada menangung si suami penagih ganja. Jika institusi kekeluargaan telah roboh, maka itulah tandanya masyarakat akan rosak. Anak-anak menjadi terbiar dan akhirnya mereka juga akan terjebak dengan ganja akibat pengaruh rakan-rakan.

4) Dari aspek pekerjaan pula, penagihan ganja akan menyebabkan kemerosotan kualiti kerja seseorang belia. Mereka akan selalu berhutang sana sini, lewat datang kerja serta culas ketika bekerja, sukar untuk mengawal emosi dan pertuturan dan sangat-sangat suka menipu dan suka memberikan alasan untuk tidak berkerja. Mereka seolah-olah kehilangan kawarasan akal fikiran dan tidak bertimbang rasa terhadap persekitaran mereka. Seharusnya hukuman berkenaan dengan penyalahgunaan ganja seharusnya ditambah berat supaya rakyat takut dan insaf atas kesalahan mereka. Menurut MyAADK , jumlah penagih dadah yang berada di agensi tersebut bagi tahun 2014 ialah seramai 21,777 orang dengan penagih ganja adalah penyumbang ketiga besar iaitu seramai 1,919 orang. Umur mereka dari semuda 13 tahun sehingga 40 tahun. Sememang golongan belia amat mudah terdedah penyalahgunaan ganja dan dadah seharusnya cadangan untuk tidak mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan ganja dikalangan belia adalah sesuatu yang tidak wajar.

5) Sekali lagi GJ ingin menyuarakan agar akta berkenaan dadah dan ganja ini perlu diperhalusi untuk dan ditambah berat lagi hukumannya. Selain dari itu, seharusnya kita perkukuhkan institusi kekeluargaan agar golongan belia kita tidak terdedah terhadap bahaya ganja dan dadah. Pendidikan agama serta penerapan jatidiri terhadap golongan belia juga perlu diperkuat dan ditajamkan selaras dengan perkembangan zaman semenjak mereka dirumah lagi. Pihak ibu bapa, guru-guru disekolah, pensyarah serta masyarakat perlu mengambil sikap proaktif dan peka terhadap bahaya ganja dan dadah serta menjadi mata dan kepala pihak yang berwajib untuk membendung perkara ini.

Sekian terima kasih.

Yang benar
Dr Abd Rahman Bin Tamuri
Pengerusi GJ Negeri  Johor

Saturday 12 September 2015

Berkata baik atau diam

Salam kepada semua..

Dah lama saya tak menulis. Bukan kerana tiada masa tapi saya berkenang beberapa sabda Rasullulah.
1) muslim yang baik itu, manusia akan terselamat dari mulut dan tangannya
2) berkata baik atau diam
3) Jangan kamu marah, jangan kamu marah, jangan kamu marah.


Entah kenapa beberapa bulan kebelakangan ini, kita dihadapkan dengan pelbagai suasana, ketika, dan persekitaran yang pelbagai. Macam-macam. Sukar hendak mengulas.

Cuma pesanan untuk diri sendiri,usah berbicara yang kita sendiri tak tahu akan sesuatu benda itu. Lebih baik diam dari berkata-kata (tulis kat blog,FB, Insta....etc). Jadilah warganegara yang baik, bertanggungjawab dan prihatin. Usah menjadi duri dalam daging. Menambah buruk lagi keadaan.

Kita adalah kawan kita, berhati-hati memilih kawan.
Baca, selidik maklumat dulu, then baru kongsi.
Jauhi perangsaka, menduga-duga.

Wednesday 19 August 2015

Exit Polisi



Exit Polisi dikatakan penting untuk sesebuah organisasi. Kebannyakkan organisasi ada kedua-dua polisi Exit dan Entry. Namun, kurang melaksanakan exit polisinya.

Memamg susah nk buang berbanding ambil. Susah nk tutup periuk nasi orang. Namun, atas kepentingan organisasi, polisi itu perlu dilaksanakan. Dan perlaksanakannya harus dilaksanakan menurut yang sepatutnya. Ikut peraturan, ikut prosedur yang telah ditetapkan. Jangan cuba-cuba buat sesuatu yang bukan dalam ruang lingkup sepatutnya.

Exit polisi perlu dilaksanakan dalam organisasi. Pertimbangan budi bicara yang sewajarkan harus diambil kira juga.



Thursday 16 July 2015


Selamat hari raya aidilfitri. Semoga amalan kita semua diterima. Pesanan utk diri sendiri dan kawan2.
1) jika memandu, pandulah dijalanraya berhati hati, amalan sikap tolak ansur dan berkhemah ketika memandu.
2) gunakan waktu yg ada utk erat dan perkukuhkan ikatan silaturahim sesama kita
3) jaga keharmonian rumah tangga, keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, selamat hari raya,

Yg benar
-Abd Rahman Tamuri
-Wan Rashidah Wan Majid
-Abdullah Uwais
-Rumaisha

Thursday 23 October 2014

undi, pengundi dan undian

Undi merupakan satu proses untuk mendapat terbaik, terbanyak, dan tertinggi jika ada lebih dari satu calon yang nak diundi.

Jika tujuan itu, pengundi perlu memilih siapa yang difikirkan layak itu mereka. Tiada paksaan, tiada kepentingan untuk melobi sesiapa. Biarkan undi-undi adalah yang tulen bukan yang dibuat-buat.

Hasil proses pengundian tersebut, maka jumlah undian akan dikira. Calon-calon akan diberikan jumlah undian yang mereka dapat. Seterusnya, calon yang menang akan diumumkan.

Maka proses ini akan berakhir dengan di umumkan siapa yang menang dan kalah. Yang menang akan mewakili dan yang kalah pulang bawa diri.




Monday 20 October 2014

Tahun 2020, Malaysia Negara Maju - PhD

Menerima Ijazah Doktor Falsafah di Majlis Konvokesyen ke-44 UTM, 2010


Pada tahun 2020, Malaysia akan mencapai status negara maju. Pada ketika itu, kemakmuran ekonomi dan rakyatnya akan hidup dalam keadaan aman sentosa, bersatu padu dan saling berkerjasama.

Ya, itulah harapan kita semua. Dan pada ketika itu, rakyat Malaysia sudah sampai satu tahap keilmuaan yang cukup tinggi. Semua rakyatnya boleh ekses pengajian peringkat tinggi. Pada tahun 2020, seramai 60,000 orang rakyat Malaysia telah memiliki PhD. Dan itulah satu-satu cara untuk mencapai hakikat kemakmuran dan status negara maju. Rakyatnya berpengetahuan tinggi dan secara aktif menyumbang kepada kemajuan negara tercinta.
Moscow State Universiti, 2009


Ya, pada ketika ini sejumlah 30,000 rakyat Malaysia telah memiliki PhD. Melalui pengajian peringkat PhD, banyak penemuan baru dalam penyelidikkan akan terhasil. Fokus IPTA untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti harus diberikan perhatian khusus. Usah dinafikan peranan dan sumbangan Universiti.

Ya, umum ketahui bahwa kemajuan negara amat berkaitan dengan sains dan teknologi. Minat dan kecenderungan anak muda harus dipupuk sejak dari kecil. Ramaikan pelajar mengambil jurusan sains dan metematik. Kerana sains dan matematik di sekolah merupakan kunci penting dalam teknologi sekarang. Untuk peringkat SPM, peratus pelajar sains kepada yang lain adalah 60:40%. Pelajar, guru, ibu bapa, pihak sekolah, kerajaan dan semua yang terbabit harus mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan. Sains dan matematik harus dimantapkan.

Kita telah mempunyai rekod Malaysia, PhD termuda di Malaysia, 24 Tahun 4 Bulan. Kejayaan ini harus dijadi sebagai motivasi kepada semua anak-anak muda Malaysia.

Kepada anak-anak muda Malaysia,  belum terlambat untuk kamu mengembang potensi diri. Sumbangan anda untuk mengembangkan ilmu pengetahuan amat-amat diperlukan. Tamankan sifat untuk suka belajar sehingga peringkat tertinggi, PhD kepada generasi muda kita. Negara ini akan maju jika telah kuasi ilmu pengetahuan. Ayuh bersama menjayakan misi Malaysia untuk mencapai 60,000 pemegang PhD yang menyumbang secara aktif kepada NEGARA kita.

Sekian, terima kasih

DR ABD RAHMAN TAMURI
CALON,
AHLI PARLIMEN BELIA
MALAYSIA
JHR007







Thursday 16 October 2014

Wawasan 2020 - Malaysia Negara Maju


Wawasan 2020 yang telah dilancarkan pada Feburari 1991 oleh Tun Dr Mahathir Muhamad. Satu pelan perancangan yang cukup baik dan hasrat kerajaan Malaysia membangun mengukuhkan kedudukan Malaysia di mata dunia. Sebagai rakyat yang sayangkan negaranya seharusnya menyokong dan sama-sama membantu dalam menjayakan wawasan ini. Wawasan yang digambarkan akan menjadikan Malaysia negara yang bersatu, negara dan rakyatnya berjiwa bebas, masyarakat yang demokratik, rakyat bernilai murni dan luhur, masyarakat saintifik, masyarakat yang penyayang, kesamarataan ekonomi,dan masyarakatnya hidup dalam kemakmurkan dan bersatu padu. Semuanya terangkum dalam gambar rajah dibawah.






Peranan pemimpin terdahulu amat-amat dihargai serta dihormati. Belia yang diharapkan oleh negera adalah belia yang dapat memberikan sumbangan, bakti dan jasa. Semua orang mampu untuk menyumbang samada secara terus mahupun sebaliknya. Belia harus memainkan peranan dalam pembangunan negara yang tercinta ini.

Sudah barang pasti bahawa negara telah dan terus menyumbang peruntukan yang banyak untuk memastikan wawasan ini berjaya. Segala instrument telah digunakan untuk menyukur pencapaian sekarang untuk dijadikan panduan kearah pembaikan. Kurang dari 6 Tahun dari sekarang kita akan mencapai wawasan ini. Seharusnya kita telah dapat merasai impak dan kesan dari wawasan ini.

Melalui masyarakat yang saintifik, negara ini mengharapkan semua penduduk dan masyarakatnya mempunyai pengetahuan yang tinggi melalui sains dan teknologi. Masyarakatnya perlu dibangunkan secara menyeluruh. Pembangunan modal insan yang berkualiti menjadi agenda kerajaan. Justeru sistem pendidik rendah, menengah dan tinggi telah dan akan diperkasakan. Kita sedar hanya pendidikan sahaja dapat menyubah lanskap pemiikiran masyarakat.

Kemajuan dan ketemadunan sesebuah masyarakat bukan terletak pada bangunan yang tinggi, komplek membeli belah yang besar atau ukuran meterialistik yang lain. Kita sedar ukuran yang sebenarnya ialah masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Seharusnya membangunkan modal insan harus diutamakan berbandingan membungunkan bangunan-bangunan tinggi, jalan yang besar dan sebagainya.

Masyarakat kita harus dididik dengan erti ketemadunan yang sebenar dan bukan hanya bersifat meterial sahaja.

Ayuh para belia, sama-sama kita menyumbang untuk negara dalam mencapai wawasan 2020.